Friday, April 10, 2009

Pertandingan Rekabentuk Model Bangunan

Pada 25 Mac hingga 8 April yang lalu, PERKASA telah menganjurkan sebuah program iaitu Pertandingan Rekabentuk Model Bangunan PERKASA 2009 yang bertempat di ASTAKA UMP. Pertandingan ini telah berlangsung selama dua minggu di mana kumpulan-kumpulan peserta diberi tempoh masa selama 13 hari untuk menyiapkan model rekaan masing-masing.

Pertandingan Rekabentuk Model Bangunan ini mempunyai objektif utamanya iaitu untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif di kalangan mahasiswa UMP walaupun berada di dalam bidang kejuruteraan yang berbeza di samping mewujudkan semangat bekerjasama antara ahli kumpulan di dalam Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam sendiri mahupun antara fakulti kejuruteraan lain. Selain sebagai platform bagi para pelajar mencungkil bakat yang dimiliki, pertandingan ini juga dapat dijadikan medium untuk para pelajar mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari terutamanya bagi mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam.

Sepanjang kami menjayakan program Pertandingan Rekabentuk Model Bangunan PERKASA 2009 ini, kesemua objektif yang telah digariskan di awal program telah berjaya dicapai dan kesemua aktiviti kami mengikuti mengikut segala spesifikasi sama ada dari segi aktiviti dan kewangan. Peluang yang jarang sekali diwujudkan di UMP ini juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan percambahan idea serta ilmu di kalangan mahasiswa.

Justeru,pertandingan ini juga di harap mampu mengerakkan fokus universiti dalam meningkatkan amalan yang memaknakan 3 slogan ump iaitu Engineering, Technology dan Creativity. Semoga inisiantif ini akan menjadi mekanisme berterusan ke arah melahirkan graduan bertaraf dunia berjenama Universiti Malaysia Pahang.

Thursday, April 9, 2009